Sunday, December 22, 2013

RANDOM

Assalamualaikum.



Shawl ni wawa dapat gift daripada akak Farah's Apparel. Kain dia pun sedap, tak jarang, tak panas. Dan yang penting tak payah gosok. Mudah dibentuk. Ada banyak lagi corak dan jenis. Korang boleh pergi ke facebook dia atau ke instagramnya, farahsapparel. 


Hari ini dah masuk 22 Disember 2013 lagi tinggal 9 hari lagi sebelum masuk tahun baru 2014. Cepatnya masa berlalu. Umur wawa pun dah banyak dimakan masa. Setiap detik masa berlalu, semakin berkurang umur wawa. Tu maknanya semakin dekat la ajal wawa. Ya Allah, panjangkanlah umurku, murahkanlah rezekiku, lindungilah aku dari segala kejahatan, malapetaka dan kuatkanlah imanku. Amin :)

Last day Disember nanti wawa ada ujian berkomputer, 45 minit 50 soalan. Dulu waktu SPM, paper 1 objektif sejam lebih untuk jawab 50 soalan. Tapi ujian memandu sekejap je. Ibaratnya 5 soalan tu kena jawab paling kurang 3 minit kot. Buku memandu wawa tak sentuh lagi Haha. Haritu, waktu dengar ceramah, macam sedap je tengok buku dia sebab ada gambar tapi bila sampai rumah hm next week lah start. Yes, tu wawa. Selalu nak tangguh kalau bab membaca. Tapi kalau bahan bacaan pasal kesihatan, makanan laju baca. Tapi kali ini, kena buat betul-betul lah. Nanti nak bawa kereta, kalau tak lulus ujian terbang duit kena bayar. Mintak mintak lulus ujian tu. Amin. 

Okay, malam tadi wawa ada buat rainbow cookies ( biskut lidah kucing pelangi ). Ni kali yang kedua wawa buat biskut ni. Sebelum ni wawa tak guna emplex ( peranggup biskut ) tapi wawa main hentam je letak soda bikarbonat. Haha. Manalah tau kan menjadi. Waktu wawa nak bina acuan dia tu wawa letak soda bikarbonat banyak juga sebab nampak kesian kalau letak sikit. Jadi tambah sikit, lepas tu tambah lagi. Last-last jadi pahit. Haha. 
So malam tadi wawa cuba buat lagi dengan bantuan adik wawa. Alang alang kawan dia nak datang esok, jadi buat sekali lah untuk kawan dia. Minggu lepas wawa dah beli serbuk emplex tu dekat giant. Alhamdulillah nasib baik giant ada jual. Wawa buat biskut ni ikot resepi Citarasawan. Dan kalau wawa nak buat apa-apa biskut, selalu pergi ke blog Citarasawan sebab senang dan mudah. Kat bawah ni resepi yang wawa amik daripada blog citarasawan. 

***************************************************************************************************************
RESEPI BISKUT LIDAH KUCING PELANGI

  • 250 gm mentega
  • 175 gm gula kaster
  • 100 ml putih telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex ( peranggup biskut )
* Pewarna ungu, merah, kuning, hijau, biru dan oren
*loyang lidah kucing di griskan dengan mentega

Ni contoh loyang lidah kucing yang wawa amik daripada citarasawan.

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula sehingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak pewarna yang berlainan.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan noxxle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan pelangi.
  6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C selama 15 minit. Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana akan menengelamkan warna pelangi.
  7. Biarkan biskut sejuk dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.

********************************************************************************************************************************

Yang atas tu resepi asal yang wawa amik daripada blog citarasawan. Tapi kalau wawa buat, bahan dia tu sama tapi hasilnya tu lain sikit la sebab wawa tak ada loyang lidah kucing ni. Nak beli, jarang keluar rumah. So, wawa pakai loyang bulat dan segi empat biasa je. Lagipun family wawa tak selalu buat kuih, kitaorang biasa lebih suka buat kuih tradisional jadi tak banyak la acuan yang ada dekat rumah. Wawa buat biskut lidah kucing ni pun sebab dah jadi biskut kegemaran wawa yang kedua kot selepas biskut kacang peas. 
Bahan-bahan dia juga wawa tak sukat macam yang citarasawan buat. Wawa pakat hentam je letak bahan dia ikot anggaran sendiri macam kokping ( fynnjamal ) buat. Tapi kekurangan yang wawa buat untuk biskut ni ialah kurang manis. Family wawa fobia gila dengan gula jadi kalau nak buat apa-apa kena kurangkan manis. Tapi Alhamdulillah menjadi dan sedap sampai menjilat jari gittuw. Haha



Sebab wawa tak pakai loyang lidah kucing, biskut ni dia jadi lebih besar sebab wawa letak dalam loyang yang rata. Dan wawa gunakan 3 warna sahaja sebagai percubaan hehe :)



No comments:

Post a Comment