Sunday, January 5, 2014

HADIAH KEDUA DARIPADA ZFA PARTNER


Assalamualaikum.

Hari ini wawa nak update banyak sikit blog. Sebab dah lama tak bercoolblog dengan blog kesayangan wawa ni. Hihi.
Entri kali ni wawa nak cakap yang wawa dapat fridge magnet daripada Zfa Partner. Macam tak duga pulak hadiah tu datang. Cewahh. Haha. Tak la, sebenarnya wawa menang dari Segmen Hari Lahir Faris Farizat. Alhamdulillah banyak juga rezeki wawa dekat segmen tu. Hihi.
Sebenarnya wawa tak sedar pun yang pakcik posman ni ada hantar surat. Sebab bila check petang tadi, macam kosong je. Haha.
Last-last petang tadi ayah panggil.
"wawa?"
(masa tu wawa tengah khusyuk tengok cerita Tanah Kubur tambahan lagi ingatkan ayah cakap dengan kawan dia)
Lama tu baru jelas ayah panggil. Tanpa tengok kiri kanan, terus wawa jalan laju-laju gi dekat ayah.
Yela, wawa kalau orang panggil pantang gila kalau pergi lambat even tetamu datang pun. Sebab wawa tak nak lah diaorang ni tertunggu-tunggu kan.
So, lepas pergi je dekat ayah, terus ayah tanya ni bungkusan apa ni. Mula-mula tu wawa tak teringat la pula pasal gift dari segmen lama tu baru teringat. Haha.
Lepas buka je sampul tu, terus wawa letak dekat fridge rumah wawa. Haha. Nanti kalau disimpan, tak terpakai. Hee ^^





Thanks kak for the gift. :*

No comments:

Post a Comment