Wednesday, January 29, 2014

JARI JEMARI SALLY

[HANDPHONE GIVEAWAY]

Assalamualaikum.



Lama gila wawa tak update blog kali ni. Dekat 4 hari pun ada. Hari tu nak update, tertangguh. Tengah malam pepagi buta juga la baru nak update. Tetiba semangat tu datang. Hihi. Nampak tak tajuk entri kat atas tu? Jari Jemari Sally. Haha. Malam ni wawa tak nak cerita pasal jari jemari sally ni tapi Jari Jemari Wawa. Kalau korang ada tengok cerita Upin Ipin korang faham lah. Hee. 
Okay, harini wawa ada buat pencuci mulut sikit. Blueberry cheese tart. Makanan ni dah jadi favourite wawa sebab sedap. Even beli ke buat ke tetap nak cakap jugak sedap. Haha. 
Wawa bukan berbakat sangat nak buat kuih ni. Tuu tengok corak kat tart tu. Tak menjadi haha. Terketar-ketar tangan nak buat. Maklumlah first time. Nanti bilah dah banyak time buat, barulah menjadi. Hihi. InsyaAllah. 

Untuk resepi blueberry cheese tart ni, korang boleh pergi ke [LINK]
Disitu korang boleh pilih resepi yang korang nak ok? Nanti wawa buat review blog pasal akak Azlita.
Selamat mencuba! 



No comments:

Post a Comment