Monday, January 6, 2014

MENU HARI ISNIN

Assalamualaikum.


Hari ini wawa masak lauk tau. Haha. Tapi tak banyak dalam 2 3 lauk je wawa buat untuk hari ini. Mood nak memasak tu tetiba je muncul. Untuk menu siang tadi wawa buat lauk ayam masak merah, acar masak dan telur bungkus. Nanti wawa bagi resepi kat bawah ni k. Yang ni wawa main masak je ikot kata hati tapi kalau acar masak tu tok wawa yang ajarkan. Alhamdulillah sodap haha. *kelip kelip mata*

Gambar hiasan daripada blog seripayaku.blogspot.com 

Kat bawah ni wawa nak kongsi resepi acar masak. Kalau orang luar wawa tak tahu diaorang panggil apa tapi kalau korang pergi Terengganu jumpa makanan macam gambar kat atas tu ni la dia acar masak.
Kalau wawa tengok resepi dekat dalam internet banyak juga kelainan dia. Kebanyakan dia letak biji sawi, serbuk kunyit. 
Sekarang, meh kita tengok macam mana wawa buat. 

ACAR MASAK
  • 2 batang timun  
  • beberapa ulas bawang putih 
  • 1 batang lobak merah 
  • 1 ulas bawang besar / bawang merah 
  • sedikit halia 
  • garam
  • gula
  • cuka
  • bawang merah mesin
  • cili boh/cili mesin
CARA-CARA

  1. Potong timun, halia dan lobak merah memanjang.
  2. Mayangkan bawang besar dan bawang putih.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan bawang merah mesin dan cili boh. Tumiskan sehingga naik bau.
  5. Masukkan bahan bahan yang telah dipotong tadi.
  6. Kaup balikan bahan tersebut sehingga sebati.
  7. Masukkan cuka, garam, gula mengikut citarasa.
  8. Kacau dan masukkan air.
  9. Padamkan api. Sedia untuk di hidang.


P/S : Jangan masak terlalu lama nanti bahan bahan menjadi layu dan tidak ranggup.
P/S : Acar masak sedap dimakan manis dan sedikit masam cuka.

Ni kalau mengikut resepi orang kampung la. Sebab wawa asal dari kampung, jadi banyak juga lauk-lauk zaman dulu yang tok wawa ajar. Hihi. Cukup 365 resepi, wawa buat la buku resepi kampung satu. Haha.

No comments:

Post a Comment