Sunday, January 5, 2014

PLEASE TRY AGAIN

Assalamualaikum.

"Hari ini hari apa adik-adik?"
"..a..ahad.."
Haha. Dah macam cikgu tadika dah. Masuk hari ini dah 5 Januari lagi 13 hari lagi birthday wawa sampai lah haha. Nak dijadikan ceritanya, hari ini wawa ada la sikit buat pencuci mulut. Bukan ada acara ke apa-apa, tapi untuk makan saja-saja tambahan lagi nak isi masa lapang ni. Daripada masa wawa terbuang dengan sia-sia, baik wawa memasak. Haha. 
Jujur wawa cakap wawa tak pandai nak buat kek atau biskut ke apa. Kalau buat untuk pertama kali haa memang sah tak jadi! Kekadang je jadi. Haha. Tapi Alhamdulillah untuk biskut lidah kucing pelangi (rainbow cookies) wawa dah dapat iktiraf. Haha. Lepas ni kena beli loyang lidah kucing la untuk memantapkan lagi biskut wawa. Hee. :)
Tadi, tengah-tengah khusyuk tengok cerita K-POP STAR, tetiba dalam kepala wawa ni keluar bling bling. Eh? Tetiba je haha. Jadi lepas keluar je bling-bling tu, wawa terus berhajat nak buat kek. Yes, kek. 
Wawa suka gila makan kek tapi tak pandai buat. Macam yang wawa cakap tadi, wawa memang tak pandai buat kek. Tapi kalau nak buat lauk tu boleh la. Sebab wawa dari kecil lagi tok wawa dah ajar nak memasak lauk. Jadi nak pikat bakal suami tu mudah la sikit orang kata, macam kat dalam iklan tu haa, "kalau nak memikat suami kena pikat perut dia dulu". Haha.
Kat bawah ni ada gambar kek wawa. Pertama kali buat. Tak sempurna lagi. 




Wawa hajat nak la buat cupcake ni dalam bekas besar macam orang lain buat cupcake tu, tapi lepas cek bekas kuih ada yang kecil je. Size muat untuk letak cornflakes madu. Haha. Tapi takpelah, cuba dulu buat. Kalau menjadi, boleh upgrade sikit bekas dia. Nak resepi dia? Haha. 

CUPCAKE MILO

  • 140 g tepung
  • 75 g milo
  • 200 g gula
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/4 sudu teh garam
  • 140 ml air panas
  • 125 g minyak jagung
  • 2 biji telur

CARA-CARA

  1. Panaskan oven 180'C
  2. Gabungkan tepung, milo, gula, baking soda dan garam. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan air panas, minyak jagung dan telur pada masa yang sama. Kacau sehingga kesemua bahan-bahan tadi sebati.
  4. Masukkan adunan tadi ke dalam bekas/cawan cupcake yang korang telah pilih.
  5. Bakar selama 20-25 minit.
Ni bahan-bahanya. Tapi kalau wawa buat, main letak picit tekan lenyek je haha. Yela, first try kan. Wawa takut jugak kalau buat banyak-banyak tak menjadi. So, wawa buat ala kadar je. Tapi korang kena pandai agak la. Tak boleh ikot wawa sangat nanti kan kalau tak menjadi susah wawa nak jawab. Haha. Wawa main letak tepung, milo tu semua main sudu je. Macam ni ha 5 sudu besar tepung, 3-5 sudu besar milo dan bla bla bla haha. Lepas tu, untuk hiasa tu wawa letak whipping cream. Cepat dan mudah. Kalau nak sedap lagi, tabur sikit milo atas whipping cream tu. *wawa letak whipping cream lepas keluarkan cupcake tu dari oven (gambar atas) tak sampai 5 minit, hampeh dia dah tumbang Haha.
Better, korang buat aising sendiri la. Yang tak mudah jatuh dan tahan lama :D



1 comment: