Thursday, January 2, 2014

REZEKI 31 DECEMBER 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini dah masuk 2 JANUARI 2014. Semoga tahun 2014 membawa 1001 keberkatan dan rezeki daripada Allah. Dan dapat mencapai azam dengan jayanya, InsyaAllah. Hihi. Dah 3 hari wawa tak update blog. Bila scroll update daripada blogger lain, banyak juga isu yang wawa ketinggalan. Isu? Haha.

Okay, last day 2013 wawa ada ujian berkomputer. Sehari sebelum ujian tu dah jadi macam cacing kepanasan sebab tak baca apa-apa lagi. Tapi cuba punya cuba Alhamdulillah dapat habiskan baca dan dapat siapka semua latihan yang disediakan. Salah wawa juga sebab selalu buat kerja last minute nak nak kalau bab membaca ni haha. Azam baru nanti dah tak nak buat kerja last minute. Nyanya diri nanti.

Tapi Alhamdulillah dalam ujian tu wawa dapat markah 49/50. Soalan yang dia tanya pun kebanyakan semuanya ada dalam buku latihan yang dia bagi tu. Lepas ni boleh la test bawak kereta pula. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan oleh Allah. :)

No comments:

Post a Comment