Thursday, February 27, 2014

EMAIL DARIPADA SI PENIPU


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum.



Semalam wawa terima email dari orang yang wawa tak kenal. Tak tahu lelaki ke perempuan sebab nama email dia pun pelik. Mesej yang dia hantar pun dalam English. Wawa nak papar dekat sini pun tak berani. Takut jadi apa-apa pulak.

Isi mesej dia tu serius wawa cakap, kalau korang baca korang akan cakap dia ni Islam. Sebab dia siap bagi Assalamualaikum lagi. Lepas tu dia cakap dia nampak profile wawa semasa tengah cari kawan Muslim. Lepas tu dia cakap dia nak kenal wawa semua semua. Lepas tu dia cakap dia nak kawan sebab dia dah lama kesunyian dan bermacam lagi lah. Lagi lagi dia bagitahu yang dia akan beritahu pada diri dia dengan lebih lagi dan sent gambar. Masa wawa terima email tu, wawa rasa macam "eh, mana dia tau profile aku ha? Macam mana dia tahu aku ni islam?" Beribu-ribu persoalan datang dalam kepala wawa masa tu. Takut jugak jadi apa-apa. Sebelum ni banyak je email penipu yang wawa dapat, cakap nak bagi duit bermillion bagai, tapi tak layan. Delete. Delete je. 

Masa dia sent email tu, wawa tak tahu lagi yang dia ni penipu. Wawa tanya dia mana dia kenal wawa dan dapat email tu. Tapi lepas wawa sent tu, rasa macam bodoh gila wawa. Sebab lepas sent, wawa baru check dekat google. Tengok email yang wawa dapat tu sama. Masa tu baru wawa tahu email tu PENIPU. 
Rasa macam cacing kepanasan dah waktu tu. Campur dengan takut lagi. Wawa nak block email dia tapi tak tahu jalan. Search lagi dengan google. Alhamdulillah nasib baik ada jalan. So, wawa terus block email malam tu jugak. Baru rasa lega sikit. 

Wawa nasihatkan, kalau korang terima email yang tak kenal, mintak apa-apa ke, menang ke suruh klik link ke better JANGAN TEKAN. Semua tu helah diaorang nak curi password kita, maklumat peribadi kita dan lain-lain. Kalau korang rasa was-was, try search dekat google. Mana tau orang yang hantar email dekat korang tu dah famous dekat google. Diaorang ada macam-macam cara nak kenakan kita. Mudah-mudahan kita semua selamat dari penipuan mereka.  

3 comments:

  1. Ehh sama lah kita.. Mula2 pun macam nak percaya.. tapi bila teringat yang skrg bnyak kes tipu kat internet, Hana biar je email tu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. sekarang banyak gila kes menipu macam ni. Nasib baik kita tak terpedaya. Wawa pun bila terima email macam tu wawa biar je. kdg kdg delete terus. huhu

      Delete