Tuesday, March 11, 2014

PRAY FOR MH370

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.

Assalamualaikum.

Sumber : instagram.


Hampir seminggu wawa tinggalkan dunia blog. Sampai la hari ketiga kehilangan pesawat MH370 baru wawa berpeluang nak update blog. 

Ya Allah. Tanpa diduga, MAS diberi ujian oleh Allah. Tapi ingatlah, jangan sesekali pernah berputus asa. Jangan pernah berhenti berdoa. Minta kepada Allah. InsyaAllah, dengan doa dan solat hajat yang dilakukan, Allah pasti akan memberikan petunjuk kepada kita. DIA yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Mendengar. Dan Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. 

Walaupun family wawa tidak terlibat, tapi hati mana yang tidak terkilan dan sedih bila kita tengok keluarga penumpang menangis merayu minta keluarga diaorang kembali dengan selamat. Mereka menangis memanggil nama anak, ibu dan bapanya. Sungguh, tak dapat wawa gambarkan macam mana perasaan wawa kalau tahu ada family wawa dalam pesawat tu. Allah. Mudah-mudahan dilindungi oleh Allah. 

Banyak spekulasi yang wawa dengar dari orang ramai. Ada yang cakap terhempas, dirampas dan macam-macam lagi. Nak percaya bulat-bulat tak boleh. Takut lain pula jadinya. Lebih baik tunggu pengesahan daripada pihak MAS sendiri. Lagi sahih dan jelas. 

Dalam hal macam ni, korang tak sepatutnya salahkan sesiapa. Kalau Allah dah tentukan perkara ni akan berlaku, hanya dengan sekali lafaz KUN-FAYA-KUN je perkara ni boleh terjadi. Kita sebagai hambaNya seharusnya tabah menghadapi segala ujian yang diberikan oleh Allah. Kita datang daripada Allah dan kembali kepada Allah. InsyaAllah dengan izin Allah, kita akan dapat petunjuk dimana pesawat itu berada. Yakinlah dengan pertolongan Allah.


Jika dilaut, timbulkanlah.
Jika dilangit, turunkanlah.
Jika didarat, tunjukkanlah. 
Hanya kepadamu kami memohon pertolongan mu Ya Allah.
Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
Sekiranya mereka masih hidup, panjangkanlah umur mereka. 

Wasalam.












No comments:

Post a Comment