SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Wednesday, April 9, 2014

TIPS NAK KENAL PENIPU

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.



Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah syukur sehingga hari ini Allah masih melindungi wawa dari masalah penipuan jual beli secara online. Wawa start beranikan diri beli tudung baju secara online ni sejak Tingkatan 4. Waktu tu 50/50. Tapi naik Tingkatan 5 rasa macam segalanya nak buat secara online. Buku pun beli online. Yela, bukan selalu dapat keluar jalan jalan cari buku baju semua. Nak mudah dan cepat, beli secara online ja.

Tapi zaman sekarang, bila ramai orang awam beli secara online, maka ramai pulak penipu menjalankan operasinya mencari duit haram di online. Allahu. Macam cacing kepanasan kita dibuatnya kan bila ditipu? Dengan kerugian duit kita lagi. Nak-nak kalau kita beli barang sampai beratus-ratus harganya. Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan kita masa tu. Nauzubillah.


Antara cara yang dilakukan oleh penipu apabila "terkantoi"

Menyentuh hidung - Apabila seseorang
itu
berbohong, tisu-tisu erektil pada
hidungnya akan dipenuhi darah, menyebabkan
ianya membesar. Fenomena ini
juga dikenali sebagai "Kesan Pinocchio". Teori ini
terbukti dalam kes
Presiden Clinton. Dalam segmen video 23 minit
berkaitan skandal seks
dengan Monica Lewinsky, Clinton telah menyentuh
hidungnya lebih kurang
sekali dalam setiap empat minit. Ini jauh berbeza
jika dibandingkan dengan
keadaan beliau ketika bercakap benar, beliau
langsung tidak menyentuh
hidungnya sama sekali.

Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar
dan licin tiba-tiba gagap
merupakan tanda-tanda sedang mengalami
tekanan emosi. Sekiranya tiada
apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan
perkara lain seperti sedih,
pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar
orang tersebut berbohong.

Menutup mulut - Ada sesetengah orang
meletakkan tangan di atas mulut
mereka apabila berbohong. Ini merupakan suatu
tindak balas automatik yang
lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah
dididik untuk tidak
berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata
dusta, tangan cuba
menghalangnya.

Melengah-lengahkan jawapan - Orang yang
berbohong perlu berfikir sebentar
untuk mereka-cipta pembohongannya. Berfikir
terlalu lama, berdehem, batuk
dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa
orang tersebut mungkin
berdusta.

Pergerakan mata - Orang yang berbohong akan
cuba menyakinkan pendengarnya
dengan memandang tepat pada mata mangsa.
Oleh itu, sekiranya kelipan mata
berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda
berbohong. Sebaliknya
sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip
dengan banyaknya, ini
merupakan tanda-tand tekanan perasaan yang
berkemungkinan disebabkan
berbohong.

Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan
mengubah-ubah posturnya.
Apabila seorang yang dalam keadaan tenang tiba
tiba sahaja menjadi resah
dan 'tidak senang duduk' apabila berhadapan
dengan sesuatu soalan, ini
berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu
sedang berbohong.

Kesimpulanya, sekiranya kita ingin mengesan
sama ada seseorang itu
berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air
muka dan gerak badannya
dengan teliti. Sebarang perubahan dari keadaan
normal mungkin merupakan
tanda orang tersebut berbohong.

Cara Untuk Memerangkap Orang Yang Berbohong

Salah satu caranya ialah dengan meminta
butiran 'cerita' dengan lebih
lanjut. Pada lazimnya 'cerita' yang sedia direka
dalam
kepala si pembohong
hanya setakat tertentu sahaja. Apabila ditanya
mengenai butir-butir
terperinci, mereka kerap terperangkap kerana
belum bersedia. Inilah taktik
yang biasa digunakan oleh para peguam dalam
menyoalbalas saksi-saksi di
mahkamah.




Sekarang kita pergi penipuan secara online. Perkara yang korang perlu lakukan bila nak beli barang secara online :

-CHECK instagram/facebook diaorang. Kalau boleh stalk sampai habis.
-TENGOK FOLLOWERS/LIKES dekat instagram diaorang. Kalau ramai follower/likes. Kebarangkalian dia untuk menipu tu tidak. 
-CHECK FEEDBACK DARIPADA CUSTOMERS. Kalau ramai customers bagi feedback. Maka betul la tu peniaga tu boleh dipercayai.
-Selalunya peniaga akan meletakkan nombor pendaftaran perniagaan pada biodata profile. Sebagai bukti yang jualan diaorang ni sah. Tapi kalau was-was, korang boleh je nak check dekat SINI.
-Untuk langkah berjaga-jaga, sebelum bank in SEARCH GOOGLE dulu. Korang letak la nama atau nombor akaun penjual tu untuk memastikan dia tu penipu atau tak. Kalau ada nampak orang duk kutuk ke apa. BEWARE. Jangan korang gatal tangan nak pergi bank in jugak. Nanti duit korang terbang macam burung.

Sama jugak kalau korang dapat email daripada orang yang tidak dikenali. Pastikan korang search nama/alamat email diaorang dekat google untuk memastikan dia ni penipu ke tak. Sekarang macam-macam kes penipuan duit berlaku. Ada macam-macam babak diaorang lakukan semata-mata nak kaya didunia tapi di akhirat? Allahu'alam.

Wasalam.

2 comments:


  1. Dkipoker sedang ada promo besar-besaran buat anda yang kerja di warnet" dan bagi anda referral poker sejati
    klau mau tau ap saja promo nya buruan hubungi kami !
    http://pokervibesindo.blogspot.com/2015/05/alasan-memphis-depay-pilih-manchester.html
    https://www.youtube.com/channel/UCZntSiC9mscoY9V1vyZLSdQ - Youtube Channel (subscribe)
    http://goo.gl/1ZauJb - Facebook DKI
    http://goo.gl/xPkfOy - Dkipoker

    ReplyDelete