Sunday, September 14, 2014

CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.





Malam ni wawa nak bawak korang semua kembali ke zaman kanak-kanak. Bila diingat kembali kisah silam memang best. Rasanya tak jenuh nak bercerita kalau korang jadi kawan satu kelas. Nak bercerita kat blog panjang-panjang, masa tidak mengizinkan. Memandangkan malam ni wawa plan nak melukis satu dua gambar yang belum tentu menjadi. 

Antara kenangan yang segar dalam ingatan :

Bermain masak-masak. Dulu masa kecik-kecik main masak-masak guna pasir ni memang faveret. Selalu ajak kawan main depan tangga rumah. Lepas tu berlakon ajak kawan jadi mak, ayah, anak-anak. Pasir tu pulak letak air sikit nak bagi dia jadi bentuk, kertas kalendar pula buat bungkus nasi. Petik daun buat ulam. Kalau ada family bakar sampah, selalu cucuk buah belimbing dengan kayu lepastu bakar kat api. Kononnya nak buat belimbing bakar la untuk main masak-masak. Memang best sangat.

Bermain air. Waktu wawa kanak-kanak dulu, selalu la kampung wawa ni banjir. Dan dulu masa kecik wawa selalu mintak nak banjir tak surut sebab nak main air punya pasal. Tiap kali tiba je musim tengkujuh, mesti nak main air. Hujan ke tak hujan ke redah je. Waktu tu, tak ada orang nak larang. Kalau malam-malam, duduk tepi beranda rumah tengok air sungai pasang masuk dalam kampung sambil ditemani bunyi katak dan cengerik. Tenang je rasanya. 

Makan buah congkak dan butir jambu golok. Buah congkak dan butir jambu golok ni memang feveret wawa masa kecik dulu. Memang ingat cara sampai sekarang cara nak makan. Dulu, kami sekeluarga duduk ramai-ramai makan, meriah rasanya. Buah ni sedap dimakan panas-panas. Pantang nampak je buah tu ada mesti nak. Nanti wawa update entri ye. 

Kena cubit. Zaman wawa umur 5 atau 6 tahun, tadika sebelah rumah je. Tapi punyalah penakut sampai ajak nenek teman dari pagi sampai balik. Walhal sebelah rumah je pun. Dan kerap juga wawa pergi tadika pukul 11 pagi. (1 jam nak balik). Hihi. Ada satu kisah dekat tadika dulu, ada seorang budak perempuan ni umur dia 5 tahun dan wawa masa tu umur 6 tahun, boleh ke patut dia cubit tangan wawa sampai wawa menangis. Lepas tu, memang tak berkawan la kejap. Tapi budak-budak sekejap je gaduh.  Lama tu berbaik balik.

Darjah satu. Ni moment yang tak boleh nak lupa. Masa wawa darjah satu dulu, tak pakai tudung tadi. Naik darjah dua baru mula pakai tudung. Memandangkan zaman kecik dulu wawa penggemar kepit rambut kecik bintang comel kelip-kelip tu, memang setiap harilah mak wawa pergi beli dekat kedai. Bila dah hari-hari beli kepit rambut baru, memang hari-hari jugak lah wawa letak kepit rambut ni dekat kepala. Buka satu dua je letak. Tapi semua kepit rambut yang ada tu wawa letak di kepala. Boleh bayang tak? Sampai lah, ada seorang ustazah kesayangan wawa ni tegur mintak kepit rambut satu.  [kepit rambut = sepit rambut]

Dan last sekali, 

Arwah Tokki. Kenangan ni memang wawa tak akan lupakan seumur hidup. Kejadian ini pun masih segar lagi dalam ingatan wawa. Waktu ni budak-budak lagi. Wawa ingat lagi wawa dibeli basikal roda tiga dan mainan kekuda plastik berwarna kuning oleh tokki wawa.


Lebih kurang macam gambar di atas rupanya, tapi ada rambut warna merah dekat kepala. Wawa rasa tu hadiah paling wawa suka sekali masa zaman kecik dulu. Mainan ni masih simpan lagi sekarang dengan baik. Memandangkan umur baru je 4 tahun, memang wawa tak tau apa-apa pasal kematian tapi saat tokki wawa kembali kepada Maha Pencipta, memang wawa tak boleh lupa sampai sekarang. 

Al-Fatihah kepada Arwah tokki wawa. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

Kalau nak cerita lagi, memang tak akan habis sampai esok. Jadi sampai disini saja wawa kongsikan kenangan wawa zaman kanak-kanak. 

Terima kasih sudi singgah di blog wawa. :)






No comments:

Post a Comment