Wednesday, July 1, 2015

RAMADHAN PERTAMA DI KITCHEN



Bismillahirahmanirahim,




Hi, Assalamualaikum. Dah lama blog ni tak diusik dengan jari jemari runcing wawa ni. Sejak masuk belajar hari tu terus senyap. Dan Selamat Berpuasa buat rakan blogger diluar sana. Puasa-puasa ni nak jugak wawa share resepi dari kitchen. Mana tau boleh buat pencuci mulut untuk berbuka. 

Alhamdulillah harini dah masuk 14 Ramadhan. Dan ramadhan ini juga merupakan kali pertama wawa berpuasa di tempat orang. Semua nak kena berdikari. Kalau dulu, waktu sahur dengan berbuka ada mak yang tolong kejutkan dan sedia makanan. Tapi kat sini, alarm yang kejutkan. Makanan pun kena beli sendiri. Semuanya sendiri sendiri. 

Dan masuk ni, minggu ketiga wawa berpuasa di kitchen. Macam biasa, kena berdiri 6 jam dalam kitchen. Kalau kitchen sampai malam, memang masak terus makanan berbuka dalam kitchen. Larat ke tak larat tu tengok waktu sahur lah. Kalau tak sahur, memang tak gah la dalam kitchen tu. Kitchen time bulan puasa ni memang mencabar sikit. Buat sushi, canapes, tapas, polenta, quinoa, sandwiches dan banyak lagi. Sesekali tergugat jugak iman bila buat makanan ni semua. Tapi sabar....

Meh hakak belanje gambar sikit : 







Esok kitchen buat appetizer, crab cake, prawn cocktail, potato salad, nicoise salad, seafood strudel dan beef negimaki. InsyaAllah free nanti wawa kongsi gambar disini ye. :)





1 comment: