Monday, October 26, 2015

Dinner yay!

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, dah habis dah semester kali ni. Even semester kali ni lebih++ mencabar dari semester lepas, tapi dapat jugak gagahkan diri nak tamatkan semester ni. Mencabar dia tu banyakk nak nak time final. Nak kena sengkang mata tu sampai pagi sebab takut tak dapat jawab exam. hee. Tapi alhamdulillah la sepanjang exam semua berjalan lancar, takde sakit takde migrain. mudah-mudahan result final nanti pun berbaloi dengan usaha yang wawa buat semester ni. 

Harini, wawa nak kongsi sikit gambar dinner haritu. Yela, sepanjang wawa masuk u ni, agaknya tak pernah sekali pun wawa kongsi gambar. Asyik makanan je kan? Tema dinner kitaorang haritu Arabian Night. Kalau dah arabian night, confirm la pakai jubah gelap, ala ala purdah macam arab sikit kan? Disajikan dengan nasi arab yang sangat yummy, persembahan dan cabutan bertuah. Memang gempak jugak la dinner kitaorang. Kalau semester lepas tema back to school. 


Kalau dalam entry sebelum ni, wawa ada update tips nak temuduga diploma landskap kan? Rata-rata entri tu sangat membantu pembaca diluar sana untuk pergi temuduga. Alhamdulillah. And yes, dulu wawa dapat Diploma senibina landskap dkt Uitm Seri Iskandar tapi wawa tolak dan masuk Uitm lain dalam kos Diploma Seni Kulinari.

Lepas ni, boleh la wawa nak kongsi tips sebagai student culinary ni tak lupa juga resepi yang wawa belajar dekat sana. Even dihina dimata orang lain, tapi still wawa boleh enjoy dengan kos ni and menjadi salah seorang regional team culinary. Tak perlu dengar apa kata orang. Yakin pada diri dan ingat Allah selalu bersama kita :)







Classmate tapi tak lengkap sebab tak datang.

Nak tahu apa student culinary ni belajar? Tunggu entri akan datang ye. :)

4 comments: