SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Wednesday, May 18, 2016

CALAMARI SPAGHETTI

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Kali ni wawa nak share resepi Calamari Spaghetti. Kalau bahasa melayu, calamari ni sotong. Dalam bidang culinary, dia panggil calamari. Kalau korang alergik dengan seafood, boleh tukar letak ayam ke daging je. Memandangkan sekarang tengah musim candat sotong di Terengganu so banyak la dapat sotongnya. Kalau dapat sotong yang bertelur sedap jugak dibuat ketupat sotong. 

Resepi ni kena main anggar je ok. Kalau korang rasa nak buat satu portion, korang kene tengok la banyak mana spaghetti korang nak letak. Kan kalau ikot sukatan wawa bagi, tak habis pulak makannya sebab wawa buat banyak portion. Hihi.

Apa yang diperlukan untuk buat spaghetti ni :

- Spaghetti (wawa guna yang jenis angel hair)
- Sos spaghetti jenama Kimball
- 2 ekor sotong (dipotong ring)
- Lobak merah/brocoli/mana-mana sayur yang korang minat 
- 2 sudu besar/secukup rasa sos tiram 
- Cili padi 
- 5 ulas Bawang putih (wawa yang jenis suka makan bawang putih, if korang tak suka bawang putih banyak, boleh kurangkan)
- Sos cili (untuk menambahkan kepedasan)
- Garlic powder with parsley (optional)
- Sedikit air suam

Cara memasak : 

1. First, rebus spaghetti dalam air yang mendidih. Letakkan sedikit garam dan biarkan sehingga masak. 
P/S: Kalau korang taknak spaghetti korang tu rasa muak, rebus spaghetti tu sampai "al-dente". Al-dente ni maksud dia firm to bite. Macam mana nak tau al-dente, korang patahkan sikit spaghetti yang tengah rebus tu untuk tengok ada tak titik bulat yang kecik berwarna putih dekat tengah tengah dia. (Gambar dibawah)
Kalau ada, korang masak spaghetti tu dengan PERFECT!

sumber : sweetherseyliving

2. Bila spaghetti dah masak, toskan dan letakkan olive oil sikit supaya spaghetti tu tak melekat sesama mereka. Takde olive oil, letak minyak jagung pun boleh. Letak tepi.

3. Tumiskan bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. Lepastu baru masukkan sotong. Biarkan sekejap sehingga sotong tu masak. Sotong ni sekejap je nak masak dalam 1-2 minit. Jangan overcook tau. Sotong yang dah masak, bila korang makan dia tak liat. 

4. Selepas sotong masak, masukkan sos spaghetti + sos tiram. Kacau sehingga rata dan biarkan sekejap dalam 1-2 minit. Lepastu, masukkan sos cili dan lobak merah/brocoli. Kalau sos spaghetti tu pekat, tambahkan air suam sikit dan biarkan dia reduce sikit. Wawa tutup dengan penutup periuk semasa tunggu dia mendidih. 

5. Bila sos dia dah reduce sikit, baru tart seasoning. Wawa tak letak garam sebab sos tiram tu dah masin, tapi kalau korang nak masin sikit lagi tambah garam dan sedikit black pepper. 

6. Rasa dah cukup sedap? Boleh masukkan spaghetti yang ditoskan dan gaul sebati dengan sos. 

7. Akhir sekali, hidangkan di dalam mangkuk dan taburkan garlic powder with parsley. 


wawa guna garlic powder with parsley jenama ni. Kalau takde atau taknak letak pun takpe. Optional. 

Selamat Mencuba ye. :)

1 comment: