Saturday, November 4, 2017

[EXPIRED DATE] DUYONG ART FESTIVAL

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Alhamdulillah diberi peluang kedua untuk datang ke sini lagi. Alang alang datang sini, terus plan nak share pengalaman dengan pembaca sekalian. Kali ni wawa sertakan video di Art Festival sekali tau. Jenuh nak edit video cecantik untuk tatapan korang semua tapi hari ini baru boleh post dekat blog.

Boleh cakap sesiapa yang datang Terengganu hujung bulan lepas memang bertuah la sebab dapat pergi ke Duyong Art Festival yang diadakan pada 28,29 dan 30 April 2017 lepas. Dan wawa of course la bangga dengan kampung sendiri. Mana taknya Pulau Duyong dah dikenali orang ramai. Since tahun ni memang ramai sangat pengunjung yang datang sini (penganjur cakap dalam 20 ribu orang jugak yang datang) pada haritu so parking memang full sampai ada yang datang parking depan rumah. Nasib baik festival ni dekat sangat dengan rumah, memang jalan kaki je kalau nak pergi sana.  

Macam macam acara ada dekat sana termasuk pameran Duyong Art Gallery, Anyaman, Ukiran dan persembahan menyanyi. Kalau korang nak dengar lagu Aiman Tino dekat sana memang takde lah sebab dekat sini dia lebih kepada tradisi orang kampung. Antara lagu yang dipersembahkan ialah lagu Ikan Singgang daripada Saudara Naquib. Ni salah satu lagu khas untuk orang Terengganu dan korang boleh je search lagu ni dekat YouTube atau kalau korang selalu tengok Mat Dan Kaki Jalan dekat TV, memang akan selalu dengar lagu ni.


Disebabkan entry ni dah lapuk berkurung dalam draft selama 7 bulan dan harini baru sempat nak publish so jom kita tengok gambar!


 








(gambar dari google)

(gambar dari google)

No comments:

Post a Comment