SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Wednesday, May 18, 2016

SEMESTER 3 DIPLOMA SENI KULINARI

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah dah tamat semester 3 di UiTM. Terima kasih kepada para lecturers yang tak jemu jemu ajar kami semua. Baik dari segi kelas teori mahupun kelas memasak. Terima kasih kepada kawan kawan yang sentiasa ada bersama. Terima kasih kepada family yang tak putus mendoakan anak-anaknya. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan segala urusan pembelajaran kami sepanjang ni. Dari semester 1 sampai ke semester 3 alhamdulillah wawa masih kuat lagi untuk harungi segala cabaran dekat sini. 

Walaupun semester ni subject dia susah sikit dari semester lepas tp alhamdulillah dapat diharungi dengan sempurna. Bulan depan bermula lah cabaran semester 4 yang sedang menunggu di pintu utama UiTM. Moganya ada kekuatan untuk harungi cabarannya nanti. Tipu la takde stress kan? Stress tu setiap semester ada. Time buat assignment, time dalam kelas, time ada konflik dengan kawan, time kau sibuk dengan kelab. Memang ada semua tu. 

Tapi untungnya amik course ni sebab dapat ilmu memasak lah. haha. Bukan calang calang masak ok. Macam macam ada. International cuisine, malaysian cuisine, western, pastry. Kalau fakulti ada buat event, jangan lepaskan peluang untuk join tau. Semerster lepas wawa join modernist cuisine. Bestnya dia tu memang best la sebab dapat tengok chef buat makanan guna gas nitrogen haa. 

Kalau tengok dengan mata kasar, ada je sejenis perangai manusia yang akan merendahkan kita amik course ni. 

"Amik kos kulinari kena memasak je la 24 jam?"

"Orang lain boleh amik architecture, doctor. Kau amik memasak je?"

Mula-mula memang la makan hati tapi bila dah mula belajar, kata kata orang macam ni la yang jadi pembakar semangat kita untuk belajar rajin rajin dan buktikan yang kita boleh berjaya. Pedulikan je orang orang macam ni. Nanti dia akan puji balik bila kau berjaya. Percayalah. Manusia tak sempurna. 

So, kepada adik adik yang dapat diploma seni kulinari, selamat datang ke UiTM. If ada soalan nak tanya pasal diploma seni kulinari ni boleh sangat. InsyaAllah wawa bantu mana yang boleh. Course kulinari ni semua boleh amik even kalau korang amik aliran science ke kejuruteraan ke waktu sekolah dulu semua boleh apply. 

Walaupun takde basic, korang tetap boleh belajar. Jangan duk risau sangat sebab wawa salah sorang yang takde basic tapi ada minat memasak je . Alhamdulillah kalau usaha kuat, korang layak untuk berjaya. Kalau korang yang jenis malas, better tak payah amik sebab dalam kitchen korang kena berdiri 6 jam. Kena basuh balik periuk mangkuk yang korang guna, kena cuci sink, sapu lantai dan kena mop balik lantai kitchen sampai bersih. Bukan buat sorang sorang okay. Buat  dengan kawan kawan. Baru ada kerjasama. Baru tercipta sebuah memori terindah dengan kawan. 

Tak lupa jugak korang boleh bawak balik makanan yang korang masak tu (kalau tak habis). Boleh la share dengan roomate korang nanti dekat kolej. Naik semester 3, korang boleh bawak plastik/tupperware masing-masing sebab nanti korang akan bawak balik lauk untuk subject Malaysian Cuisine. Kari kepala ikan ada, nasik minyak, ayam masak tomato, pengat pisang, nasik lemak dan macam macam. 

Selamat Maju Jaya!



62 comments:

  1. haaa..bestnyeee..dapat makan, makan dan makannn..untungnye ade skill memasak, lepas ni boleh bukak restoran pulakk..pedulikan je apa orang kata,nanti bila dh berjaya tau la diorang senyap. hihihi


    Cara Check Nombor Ahli KWSP & Perkeso

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kalau ada rezeki nanti buka restoran. Boleh jemput para blogger datang. Hihi

      Delete
  2. Nak tnya..sem 1 dah kena guna laptop ke untuk course ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi rina :)
      untuk sem 1 tak banyak sgt guna laptop. waktu wawa sem 1 dulu dalam pertengahan sem baru guna untuk buat assignment.

      Delete
  3. Assalmualaikum, nak mintak email boleh. Banyak nak tanya sebenarnya ni. From fees to subjects yang belajar. Thank you

    ReplyDelete
  4. Nak minta email boleh tak? Banyak nak tanya from fees, subjects, tools, books etc. Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, boleh email ke wawaabdhadi@gmail.com utk pertanyaan. nanti sy explain semuanya. terima kasih :)

      Delete
  5. Hye saya nk tanya jika saya tamat sijil kulinari level 3 di kolej swasta dan ingin menyambung diploma ke uitm. Apa syarat die dan berapa tahun? Dia kne start dri level 2 balik atau boleh teruskan terus utk bt diploma ye? Harap dpt bantu sebab teringin nk sambung dkt uitm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum and hi, maaf sebab baru balas. saya baru habis final. setahu sy kalau awak dari kolej swasta nak sambung diploma ke uitm, dia kena start dari semester 1 balik. tempoh belajar diploma kulinari dkt uitm dlm 2 tahun setengah. kalau masa saya masuk dlu, syaratnya english kena b..skrg sy tak pasti mcm mana. :)

      Delete
  6. selain belajar memasak,ada belajar benda lain tak? bisnes ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. selain memasak, kelas teori pun ada macam belajar bahasa french, marketing, basic account, entrepreneurship, serving class (jadi waiter,steward,bartender,host,cashier),principle of management, food cost, food hygiene, law dan byk lagi.

      Delete
    2. Kak semua berapa subjek dlm diploma kulinari nih ??

      Delete
    3. Kak.. nk buat ijazah terus boleh tak

      Delete
    4. kalau dari sem 1-3 awak akan belajar 8 subjek (termasuk aktiviti kokurikulum), sem 4 awak belajar 6 subjek. semester 5 awak praktikal.

      kalau awak ambil asasi/matrik boleh ambil ijazah terus tapi kulinari ni takde dalam asasi/matrik. tapi kalau result asasi/matrik awak ok, boleh cuba mohon. tapi kalau awak takde matrik/asasi kena mula dengan diploma dlu.

      Delete
  7. Assalamualaikum saya nak tanya berapa anggaran kos untuk baju, pisau dan aksesori kulinari? atau lain-lain kos untuk kulinari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf lambat balas ye :D

      Anggaran kos semua tu akak berani cakap kurang dari RM1000. since sekarang harga barang pun dah naik and kalau tak silap akak baju kitchen pun around RM80. tu tak masuk seluar kitchen. tapi untuk memula baru maasuk ni je. Naik semester 2,3 dan 4 tak perlu dah beli. baju kitchen akak beli dulu tahun 2014 pun boleh pakai lagi sampai la sekarang hihi.

      kalau dekat bandar dungun, kasut kitchen murah gila. akak beli around RM50 je berbanding beli dekat dalam uitm dekat seratus hihi. and kasut tu akak pakai dah 2 tahun. tahun ni je tukar baru lepas masuk praktikal.

      Delete
  8. Assalamualaikum...
    smasa di skolah subjek elektif saya ialah ekonomi dan perdgngan.
    saya x prnh bljr subjek katering. Ttapi slps spm saya mula bljr mmasak dan mndpati mnat saya ke arah bdang memasak.
    adakah layak saya meletakkan bidang seni kulinari sbagai no.1. smasa mengisi upu online.
    Sya tkut sya x lyak sbb saya x prnah bljr subjek katering di skolah.
    Saya adalah pljr cmrlang di skolah. Jdi saya fikir sya boleh mmilih apa saja kos yg saya suka. Namun adakah saya salah mngenai hal ini?
    Prtolongan tuan tuan amat saya hargai. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, maaf ye akak lambat balas.
      akak dulu pun tak pernah belajar subjek katering waktu sekolah. kalau awak nak tau akak belajar lukisan kejuruteraan waktu sekolah.
      bagi akak, tak salah pun awak nak ambil bidang kulinari ni walaupun waktu sekolah awak belajar subjek lain.
      kalau awak betul betul minat dalam memasak, akak sendiri suggest awak ambil bahagian kulinari dalam upu.
      kawan akak sendiri ada je ambil pure science masa sekolah lepas tu ambil bidang kulinari waktu diploma.

      Delete
  9. Assalamualaikum....
    Nma saya Zarifah. Smasa di skolah subjek elektif saya ialah ekonomi dan prdgangan. Saya x prnah blajar subjek katering. namun sata sngat mminati bidang memasak.
    Adakah layak saya mmohon bidang ini smasa mngisi upu online??? Saya bimbang saya x layak. krna saya x ambik subjek katering dlm spm.
    Harap tuan dpt mmbntu saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. awak layak mohon bidang kulinari dalam upu. sebab waktu akak mohon dlu, at least english dan math awak B+. jujur akak cakap, waktu akak mohon upu dulu akak ad subjek E dlm spm tapi alhamdulillah akak diterima sebab english dgn math akak B+.

      Delete
  10. Assalamualaikum.....Saya nk tnya klau kta x amik subjek katering masa spm. tapi kta pilih bidang kulinari masa isi upu online boleh dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. boleh dik. awak boleh mohon bidang tu walaupun awak tak ambil subjek katering :)

      Delete
  11. Assalamualaikum.. kalau math dan english tak berapa nak ok boleh ke buat permohonan utk ambik diploma dlam seni kulinari ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, yg itu akak tak berapa pasti. tapi akak sarankan mohon dulu then kalau tak dapat, buat rayuan. dulu, sebelum akak ambil masuk uitm, akak buka website selangkah ke uitm, masukkan result spm akak dekat situ then dia akan tunjuk kita sesuai ambil course apa dalam uitm berdasarkan result uitm kita. awk cuba dulu, kalau dia cakap boleh ambil bidang kulinari, terus mohon. :)

      Delete
  12. assalamualaikum sis. saya nak mohon dip dalam culinary kat sini macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. kalau awak nak ambil diploma culinary dengan uitm, awk boleh isi borang upu atau pergi ke portal kemasukan pelajar uitm. selalu lihat update dari uitm. kalau dia ada buka permohonan diploma, terus mohon (ikot step permohonan yg pihak uitm dah tunjukkan) :)

      Delete
  13. Assalamualaikum sis.. nak tanya.. klu rumah kita dkt dgn Uitm P. Pinang kita akn dpt U tu or kita akn dihantar ke tmpt yg jauh?🤔

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum sis.. nak tanya.. klu rumah kita dkt dgn Uitm P. Pinang kita akn dpt U tu or kita akn dihantar ke tmpt yg jauh?🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. kalau rumah awak dekat Uitm P.Pinang, kemungkinan awak akan dapat dekat situ. Macam akak, akak orang tgganu, akak dapat Uitm Dungun (trngganu jgk) sebab kebetulan dekat uitm tu ada course kulinari.

      Delete
  15. Nak tanye nk msuk kulinari ni mmg kena btul2 minat ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, kene betul betul minat..baru awak blh buat betul betul hehe

      Delete
  16. Nk tnye nk msuk kulinari ni mng kena btul2 minat ke

    ReplyDelete
  17. Nak tanye nk msuk kulinari ni mmg kena btul2 minat ke??

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum sis, course kulinari mmg ada dkt uitm p.pinang & dungun je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. maaf tau lambat balas. course diploma kulinari ada dkt p.pinang dgn dungun je awak..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Berapa anggaran kos diploma kulinari ni mngikut jumlah sem yg ada, tak trmasuk buku or brg2 lain

      Delete
    4. Wassalam Hafiy, kalau english kepujian awak boleh cuba mohon. insyaAllah ada rezeki, awak terpilih :)
      Untuk anggaran kos penuh diploma seni kulinari dari semester 1 (termasuk yuran pendaftaran) sampai semester 5, akak rasa mungkin dalam RM3000+ jugak. Time akak dulu, akak kira semua dalam RM2700 utk kos penuh sepanjang akak belajar.

      Delete
  19. assalamualaikum sis, course kulinari mmg ada dkt uitm p.pinang & dungun je ke?

    ReplyDelete
  20. Salam, sorry saya tanya soalan yang lain sikit. Saya pun pelajar kulinari tapi sem 2 saya ada tersangkut satu subjek. Kalau saya nak amik subjek tersangkut sekali dgn semua subjek sem3 tapi tanak drop boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, maaf tau akak lambat balas. Kalau subjek yang awak tersangkut tu berkaitan kitchen, awak tak leh nak ambil sekali dengan semua subjek semester 3. Tapi kalau subjek teori, awak kena tengok jumlah credit hour untuk sem 3 tu. kalau lebih dari credit hour, awak kena drop. Tapi kalau tak lebih, insyaallah boleh. Sem 4 nanti awak boleh awak boleh nak ambil balik subjek yang awak tersangkut tu sebab sem 4 hanya ada 6 subjek je (ent, law, haute cuisine, restaurant operation, malay cuisine, local pastry)

      Delete
  21. Assalamualaikum sis,sya dh check upu alhamdulillah dpat kulinari uitm permatang pauh penang..btw boleh x sya nk contact akak melalui fb or wasap nk tnya psai silibus utk course ni setiap sem? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, alhamdulillah. Welcome to culinary world. hehe Akak doakan awak berjaya dalam course ni nnti and make sure score 4 flat semster 1 ni. Ada orang cakap kulinari ni senang gila nak score tapi tak semestinya. Ramai je budak kulinari ni kena repeat paper macam student course lain. Hehe

      Boleh boleh. Boleh pm saya dekat facebook (https://www.facebook.com/wadhihahabdhadi)

      Delete
  22. Assalamualaikum sis.nak tanya kulinari ni belajar dalam english ka campur.Klau belajar masak tu ikut lecturers ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussala, maaf sebab baru balas. certain lecturer ada dia campur english dengan bm untuk kelas teori. tapi final nanti semua kena jawab english kecuali subjek pendidikan islam. kalau belajar masak, lecturer akan buat demo lepastu baru kita buat sendiri. kalau final cooking, baru buat sendiri semua dari awal sampai habis

      Delete
  23. assalamualaikum kak,saya junior akak! hehe,saya dapat kulinari kat dungun. sem satu ada belajar Bahasa French eh? kalau belajar teori tu kan susah ke senang je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. hai! selamat datang ke UiTM Dungun hehe :D
      haah, awak akan belajar bahasa French sampai semester 3. Kebanyakkan subjek teori untuk sem satu dua tu senang. tiga dgn empat ni mencabar sikit.

      Delete
  24. Assalamualaikum akak . Saya minat dalam bidang kulinari tapi saya dapat math D boleh kah saya masuk uitm ? sebab syarat dia nak math kepujian

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. maaf tau sebab akak baru balas. awak cuba dulu mohon, if tak dapat boleh buat rayuan. Biasanya kalau untuk permohonan second intake syarat dia longgar sikit.

      Delete
  25. Assalamualaikum akak . Saya minat dalam bidang kulinari tapi saya dapat math D boleh kah saya masuk uitm ? sebab syarat dia nak math kepujian

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum akak . Saya dapat matematik D boleh kah saya masuk diploma seni kulinari lagi pun syarat kemasukan kena dapat math c

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum akak . Saya dapat matematik D boleh kah saya masuk diploma seni kulinari lagi pun syarat kemasukan kena dapat math c

    ReplyDelete
  28. Akak, bahasa inggeris saya teruk.exam saya dapat 40 lebih cam tu je.cukup cukup atas pagar.tak tahu la SPAM tahun ni macam mana. So boleh ke saya faham nanti masa belajar kat sana.mesti susah nak faham bila belajar dalam bi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, maaf sebab baru dapat balas semua komen komen diatas. kalau awak berusaha nak belajar, tak susah pun. akak dulu masa form 5 dulu pernah jugak dapat 40++ untuk english. sebanarnya, bila kita belajar nanti tak semua lecturer yang ajar kita tu cakap english. ada juga yg explain dalam bahasa melayu. cuma time exam nanti kita jawab dalam english. akak yakin kalau awak betul betul nak, awak mesti boleh buat yang terbaik. awak masih ada masa lagi nak improve your english. :)

      Delete
  29. Salam akak. Saya sekarang kat uitm ngeri sembilan belajar foodtech.baru je masuk. Tpi saya minat sangat masak2 ni. Boleh ke kalau saya nak tuka kos dari foodtech kepada kulinari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, maaf ya akak baru balas komen..boleh, awak boleh tukar kos foodtech kepada kulinari. tapi awak kena start dari awal balik. kalau nk sambung degree ke kulinari pun boleh..

      Delete
  30. Assalamualaikum,kak...Saya Atikah.Kak saya nak tanya ni... Kalau untuk subjek pastry tu dia blajaq sampai tahap mcm mana ehh... Sbb kan ada jugak seni pastry kat uitm...😀😀😀 lagi satu kan kita kan kena blajaq pasai account sikit... Contohnya apa yg kita blajaq ttg account tu... Sbb saya mmg amek acc... Tapi result cukup2 mkn ja... Huwaaa 😵😵😵

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, kalau subjek pastry akak tak tau sangat sebab waktu akak semester 1 dulu, kos pastry baru je buka dekat uitm. tapi memang awak akan belajar account nanti. tak susah pun, awak cuma belajar basic account je. akak dulu tak ambil account dekat sekolah, masuk kulinari tiba tiba kena belajar. alhamdulillah akak boleh pick up apa yg lecturer ajar. akak dah lupa belajar hritu, nanti akak tengok balik ya? awak email akak tau nanti - wawaabdhadi@gmail.com

      Delete
  31. Assalamualaikum akak, saya baru form 4, tp sy nak tahu sangat² pasal course ni, boleh akak kasi no. Wassap ke? Email ke? Kalau wassap lg mudah rasanya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, boleh..awak boleh email akak di wawaabdhadi@gmail.com nanti akak bg number hp ya? :)

      Delete
  32. Info yang sangat berguna untuk pelajar yang mahu menjadikan seni kulinari sebagai kerjaya masa depan.

    ReplyDelete